SELAMAT DATANG KE BLOGSHOP SELL2U......

ASSALAMUALAIKUM........
SAYA DENGAN TANGAN TERBUKA MENGALU-ALUKAN ANDA UNTUK MELAWAT DAN MENGIKUTI BLOGSHOP INI.
SEMOGA ANDA GEMBIRA SEPANJANG PERJALANAN ANDA KE NEGARA NOVELAND..............

.......................................SELAMAT DATANG......................................

Khamis, 5 Mac 2015

ISTERI DAMBAAN DIA


HARGA RM26/29SSI
Melihatkan Artini riang melayan Amalin, Nediesha senyum sahaja.  Dia turut tercuit melihat keletah manja Amalin.  Lucu melihat si kecil ketawa saat diagah.

           
           “Kak Tini…..” panggil Nediesha pada kakaknya.
           
          “Emmm…” Artini jawab dengan deheman lembut.
          
        “Diesha teringin nak ada anak macam Amalin. Diesha nak lahirkan anak buat Rifqi.”
      
         Artini tersentak.  “Syhh! Diesha jangan cakap pasal Rifqi kat rumah nanti mama dengar. Kita kan di ruang tamu ni.”
    
         “Mama di tingkat atas. Kat bilik home teater. Layan DVD dengan daddy.”
  
          “Kenapa sampai berangan nak lahirkan anak buat Rifqi ni? Jauh nampaknya impian Diesha…”
 
            “Kami dah declare.”
 
            Terkedu si kakak tapi masih berlagak natural. “Bila?”
 
            “Minggu lepas.”
 
            “Diesha tak bertepuk sebelah tangan? Hemm..tapi berani pula Rifqi ni nak bercinta dengan anak jutawan.”
 
            Nediesha kacip gigi.  Berbahang hatinya dengan sindiran pedas Artini. “Kak Tini jangan mendabik dada dengan harta keluarga kita sehingga merendahkan orang lain. Rifqi tidak hina dengan sambut cinta Diesha. Dia telah buktikan yang dia bukan lelaki pengecut.”
            
        “Diesha tengok Kak Tini ni sombong plus bongkak ke? Kak Tini cakap macam tu sebab Kak Tini yakin tak ke mana pun hubungan Diesha dengan dia. Kalau Diesha ingin tahu natijahnya naik atas beritahu mama sekarang,” cabar Artini keras.
        
       Nediesha ketap bibir. “Kenapa dengan Kak Tini ni? Asyik bangkang, asyik bantah. Mengapa tak mahu sokong Diesha? Kalau begini gayanya Diesha serik nak kongsi cerita dengan akak.”
         
        Tersilap percaturan Artini sedar keterlanjuran.  Lupa dia akan nasihat suami supaya berlembut dengan adiknya.  Nasihat biar berhemah.  Lengan Nediesha diraih.  Dielus lembut.  “Maafkan Kak Tini. Bukan Kak Tini tak mahu fahami Diesha tapi Kak Tini takut kehilangan adik akak ni.”
     
       Kolam mata Artini yang bergenang bintil jernih ditangkap bebola mata Nediesha.  Kakaknya sebak tiba-tiba menimbulkan rawan di hatinya. “Kak Tini tak akan hilang Diesha meskipun Rifqi yang Diesha pilih untuk kemudikan hidup Diesha.”
 
            “Diesha….kalau akak sudah terasa ngilu fikirkan cabaran yang perlu Diesha tempuh untuk bersama Rifqi manakan Kak Tini sanggup tengok Diesha menempuhnya sendiri di depan mata akak.”
 
            “Kak Tini jangan biarkan Diesha jatuh tika melaluinya. Pimpin Diesha. Bantu Diesha jika Kak Tini nak lihat Diesha bahagia,” pinta Nediesha sarat dengan pengharapan.
 
            Mereka berdua bersabung pandang.  Artini tak mampu lawan sebak.  Terngiang kembali kata-kata bapanya. ‘Ya…sebab daddy wali Diesha tapi jangan salahkan daddy andainya adik kamu tu akan kehilangan semuanya.’
 
Empangan matanya pecah.  Hujan halus turun perlahan membanjiri pipi.  Begitu juga Nediesha.  Galau hatinya mendengar esakan kakak tercinta.  Artini paut tubuh Nediesha ke dalam pelukan.  Mereka berdakap erat disaksikan Amalin yang leka bermain permainannya.

DIA YANG TERPILIH


HARGA RM29/32 SS

“Insya-Allah suatu hari nanti bersaksikan bulan dan bintangakan kulamar dirimu menjadi permaisuriku.”Nota diberikan dan Anis Humairah Najla ditinggalkan tanpa sebarang kata. Kerana nota itu dia menjadipenanti setia cinta. Malah kerana nota itu, banyak hati-hati yang terluka. Bukan sekejap tetapi lama. 6tahun menanti, akhirnya muncul juga si dia yang dinanti.“Pemilik pipi yang merah, sirna matanya yang cantik...” – Kamil Hakim“… Wajah awak tak pernah padam daripada hidup saya Maira. Walaupun sejuta kedut melakari wajahawak... di hati saya awak tetap Maira yang dulu. Masih sama.” –Ahmad SuffianSiapakah pemilik nota itu sebenarnya? Mampukah tertunai janji yang dinanti? Adakah hati-hati yangterluka lagi? Andai cinta tidak berpaksikan kejujuran, kecurangan pasti terbongkar juga. Siapakah dia yang terpilihbertakhta di hati Anis Humairah Najla? Antara cinta dan keluarga… antara sahabat dan jiwa… antara tulus dan dendam… antara kejujurandalam perhubungan… Itulah cinta yang tidak pernah padam.


KALAU DAH JODOH


HARGA RM22/25SS

Jujen, gadis manis yang berdikari. Memiliki perniagaan francais Korset Ajaib yang diusahakan semenjak di universiti lagi bersama sahabat karibnya, Azita. Jujen bercinta dengan Azmunir. Malangnya, setelah dua tahu melayari cinta, baharulah dia tahu bahawa Azmunir sudah beristeri dan mempunyai empat orang anak.
Kecewa, Jujen pulang ke kampung halamannya untuk mengubat rasa duka. Di sana, emaknya yang dikenali sebagai Kepala Segala Mafia di Malaysia, memastikan Azmunir tidak lagi menghubungi Jujen. Dan emak Jujen bersekongkol dengan Azita dan Nuha, seorang lagi rakan Jujen, untuk menemukan Jujen dengan lelaki lain. Sekali lagi malang menimpa Jujen apabila lelaki pertama yang diperkenalkan kepadanya, kedekut nak mampus hingga... bacalah sendiri nanti. Yang kedua pula, gagal mengawal libido dan cuba mencabul Jujen di tepi pantai. Jujen diselamatkan oleh siapa lagi kalau bukan Azmunir yang mengekorinya kerana tidak mampu melupakannya, namun pada masa yang sama Azmunir tak berani merapati Jujen lantaran takut dengan ugutan Kepala Mafia 1Malaysia tu.
Tidak lama selepas itu, Jujen, Azita dan Nuha mengikuti rombongan syarikat induk Korset Ajaib ke Kanada. Di sanalah Jujen bertemu dengan Vikram Arora, lelaki Punjab yang telah menjadi rakyat Kanada. Bermula dengan mengambil gambar bersama, mereka mula berhubungan melalui telefon. Akhirnya, Vic melamar Jujen dan Jujen bersetuju untuk berkahwin dengan Vic. Namun, impian mereka itu telah dihalang oleh abah Jujen yang mengambil tindakan kejam, membelasah anak sulung dan juga anak kesayangannya itu hingga hampir mati. Jujen diselamatkan oleh emaknya. Dia memandu pulang ke Kuala Lumpur dalam keadaan berdarah semasa bapanya pergi menunaikan solat subuh di masjid dan pengsan sebaik sahaja tiba di rumahnya. Azita membawa Jujen ke hospital dan sehari selepas itu, Jujen dibenarkan pulang. Azita menjaga Jujen dan sewaktu itulah, Vic menelefon Jujen. Marah dengan Vic, Azita menelefon dan memaki lelaki itu serta memberitahu Vic tentang azab yang terpaksa Jujen tempuhi demi mempertahankan keputusannya untuk berkahwin dengan Vic.
Dipendekkan cerita, Jujen akhirnya berkahwin juga dengan Vic. Dia sedih di hari pernikahannya kerana bersendirian tanpa keluarga. Di Kanada, mereka diduga pula oleh sejarah lalu Vic, pihak imigresen dan juga seorang wanita Arab bernama Naglaa. Walaupun sakit hati, rintangan itu tidaklah sepenting mendapatkan kemaafan daripada kedua ibu bapanya dan juga ibu bapa Vic. Itu yang Jujen usahakan dan pada hari mereka bergaduh mengenai Naglaa yang cuba menggoda Vic, abang Vic berkunjung ke rumah mereka untuk membawa berita dari India. Pada masa yang sama juga, mereka menerima surat daripada ibu bapa Jujen dan juga pihak imigresen. Hanya Allah sahaja yang tahu perasaan Jujen semasa itu.
 


Klik sini

get this widget here