SELAMAT DATANG KE BLOGSHOP SELL2U......

ASSALAMUALAIKUM........
SAYA DENGAN TANGAN TERBUKA MENGALU-ALUKAN ANDA UNTUK MELAWAT DAN MENGIKUTI BLOGSHOP INI.
SEMOGA ANDA GEMBIRA SEPANJANG PERJALANAN ANDA KE NEGARA NOVELAND..............

.......................................SELAMAT DATANG......................................

Rabu, 7 September 2011

SYURGA DI WAJAHMU

Syurga-Di-WajahmuHARGA SEMENANJUNG: RM 20.00 
HARGA SABAH/SARAWAK: RM 23.00 


Hairi telah diarahkan untuk membuat penyelidikan tentang hal ehwal kesihatan penduduk di sekitar kampung dan telah ditempatkan di kampung yang sama didiami oleh gadis pemalu bernama Idayu. Bibit cinta mula hinggap di hati Hairi sewaktu dia bersiar-siar di kawasan belukar yang cantik lagi nyaman yang juga sebenarnya merupakan tempat rahsia Idayu untuk menghiburkan hatinya. Pertemuan pertama Idayu dan  Hairi, melebatkan lagi rasa cinta di hati Hairi terhadap gadis pingitan ini. Walaupun dirinya sukar didekati, Idayu turut sama merasakan apa yang Hairi rasakan. Setelah beberapa lama Hairi cuba mengambil hati Idayu, ibu dan juga bapa Idayu sendiri... Hairi memberanikan diri untuk memberitahu hajat di hatinya itu. Mereka akhirnya bertunang dalam tempoh perkenalan yang singkat. Namun rahsia yang terbongkar tentang diri Idayu menyebabkan Idayu berasa sangat tertekan dan menyebabkan dia rasa sangat terhina. Idayu kemudian memutuskan pertunangannya dengan Hairi tanpa memberi sedikitpun penjelasan yang meyakinkan pemuda itu.

Setelah tamat pengajian Idayu berkerja sebagai jururawat peribadi kepada Engku Maryam yang sangat cerewet dan garang. Idayu memilih bekerja sebagai jururawat peribadi di rumah agam itu hanya kerana ingin terus meminggirkan diri dari dunia luar dan segala kisah hitam yang menyedihkan itu akan terus terkubur.

Namun pertemuannya dengan Engku Lokman, cucunda kepada Engku Maryam telah membawa kisah kasih yang ingin sekali dihindari oleh Idayu selama ini. Engku Lokman seorang yang mempunyai gaya hidup bebas dan sangat liar. Dia yang sedari kecil membesar di negara Barat telah menyebabkan tidak mengamalkan cara hidup Islam dan langsung tidak tahu adat budaya Melayu. Kehadiran Idayu yang baginya hanyalah seorang gadis biasa yang berasa dari kampung, yang kolot pengetahuannya, yang tidak tahu bergaya dan sememangnya  bukan citarasanya pada mulanya tidak diendahkan oleh Engku Lokman. Namun, kejadian di satu senja, telah menyebabkan Engku Lokman tidak mampu untuk menghindarkan gadis itu dari ingatannya. Terbawa-bawa dengan naluri lelakinya untuk memiliki tubuh mulus gadis itu, dia telah  memperkosa Idayu semasa gadis mulus itu sedang nyenyak tidur. Segala perlakuannya itu dirasakan sesuatu yang biasa kerana dia begitu jahil tentang soal agama dan budaya.

Kejadian itu telah menyebabkan Idayu tidak betah lagi untuk terus tinggal di rumah agam itu walaupun Engku Maryam begitu menyayanginya. Tetapi apabila perlakuannya itu diketahui oleh ayahandanya Engku Badrul yang sangat menyesali diri kerana telah membiarkan anaknya terus hanyut dengan dunia bebasnya, dia dipaksa mengahwini Idayu. Selepas mereka diijab kabulkan, rumah tangga mereka diuji apabila Astri, kekasih gelap Si Engku Lokman kembali menuntut janji yang pernah dibuat oleh Engku Lokman. Perjanjian tiga bulan untuk menjadi suami kepada Idayu telah meletakkan Engku Lokman dalam keadaan serba salah.

Apakah yang akan terjadi seterusnya? Adakah Astri telah menyebabkan terlerainya ikatan suci yang juga sebenarnya mempunyai rasa kasih dan sayang yang terlalu dalam antara Idayu dan Engku Lokman tetapi dipendamkan? Mampukah Idayu mengubah suaminya dari dosa dan noda hitam? Sejauh manakah rasa cinta Engku Lokman terhadap isterinya itu mendalam? Bahagiakah mereka akhirnya? Dan Hairi, apakah kembalinya dia nanti, adalah hanya untuk menagih cintanya yang tidak kesampaian? Syurga Di Wajahmu ada kesudahannya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan


Klik sini

get this widget here