SELAMAT DATANG KE BLOGSHOP SELL2U......

ASSALAMUALAIKUM........
SAYA DENGAN TANGAN TERBUKA MENGALU-ALUKAN ANDA UNTUK MELAWAT DAN MENGIKUTI BLOGSHOP INI.
SEMOGA ANDA GEMBIRA SEPANJANG PERJALANAN ANDA KE NEGARA NOVELAND..............

.......................................SELAMAT DATANG......................................

Jumaat, 20 April 2012

FAJAR PAKEER

KEMILAU KARYA KASIH



ISBN: 978-967-365-086-6
Sem. Malaysia: RM20
Sabah/Sarawak: RM23

Tak kenal maka tak cinta. Itulah perkara yang sering didengar Sofea Emilia. Namun, perkara itu langsung tidak diterima oleh akalnya.

“Saya tak hairanlah dengan gelaran novelis cinta nombor satu yang awak sandang tu. Huh! Perasan diri sebaris dengan Judith McNaught atau Julia Quinn. Ingat bagus sangat karya-karya awak tu!”

“Takkan hanya dengan menyentuh pun awak tak ingin.”

Detik itulah pertemuan Sofea Emilia dan Faris Raiyan bagai terikat dan terus berantai tidak mengira waktu dan tempat. Pertemuan demi pertemuan itu, tanpa sedar telah buat dua hati makin dekat. Buat dua hati makin ingin mengenali. Namun, muncul Sarah dan Nazeerah yang mempunyai satu matlamat yang sama. Kedua-duanya cukup mencintai Faris Raiyan. Lantas konflik utama menjadi badai besar di atas lakaran takdir Sofea Emilia dan Faris Raiyan.

Mampukah Faris Raiyan dan Sofea Emilia mempertahankan rasa kasih yang mula mahu bercambah? Sanggupkah Sofea Emilia berkorban demi insan yang disayanginya? Siapakah yang akan dipilih oleh Faris Raiyan untuk penuhi hidupnya? Apakah kemilau karya kasih akan menyatukan mereka

TEMAN SERUMAH



ISBN: 978-967-365-088-0
Sem. Malaysia: RM18.00
Sabah/Sarawak: RM21.00

“Fira, sayang, nenek harap sangat nenek dapat tengok kamu dan Izzat berkahwin sebelum ajal nenek tiba.”

Permintaan nenek angkat Musfira Azwany membuatkan gadis itu dalam dilema. Antara permintaan Nenek Rogayah yang sedang tenat dan perasaan cintanya kepada Fizwan, mana satu lagi penting? Akhirnya, Musfira Azwany mengambil keputusan untuk berkahwin dengan Izzat Haikal, cucu Nenek Rogayah. Pun begitu, dia menganggap diri bukan isteri kepada Izzat. Hanya teman serumah lelaki itu. Hubungan cintanya dengan Fizwan terus terjalin.

“Izz, you know very well that you should not have any feeling towards me, right? We are friend. Good friend. Close friend. That’s it. Nothing more and nothing less.”

Mereka hanya kawan. Itu kata Musfira Azwany. Bagaimana pula dengan Izzat Haikal? Adakah lelaki itu turut menganggapnya sebagai kawan, teman serumah?

“Dah jatuh cinta dengan aku ke?”

Ops! Adakah Musfira Azwany mula jatuh cinta kepada Izzat? Apa terjadi pada hubungan cintanya dengan Fizwan? Tapi…

“Please, Izz. Aku tahu kau baik. But for once, fikirlah pasal diri kau. Kahwinlah dengan orang yang kau cintai, Izz. Lepaskan aku. Antara kita tiada jodoh. Kahwinlah dengan Izyan jika dia mampu buat kau bahagia.”

“Kalau itu keputusan kau, aku respect. Aku akan lepaskan kau.”

Apakah yang bakal terjadi? Adakah mereka akan bercerai atau mengekalkan hubungan yang sedia ada? Apakah mungki perasaan cinta mula bertamu di hati sekalipun hubungan yang ada hanyalah teman serumah?

PESAN NOVEL INI

TANYA SAMA HATI



ISBN 978-967-365-085-9
Sem. Malaysia RM18
Sabah/Sarawah RM21

“Kenapa kau kena ada tiap kali aku ada masalah?”

“Kau ingat tak kau pernah cakap yang lelaki impian kau macam ayah kau. Ayah kau selalu ada bila kau ada masalah, jadi aku cuba nak jadi macam ayah kau.”

“Tapi untuk apa?”

“Sebab aku cuba jadi lelaki impian kau.”

Status tunang Badri menjadi alasan untuk Tisya tidak menerima Fezrul walaupun hakikat sebenar dia tidak lagi menganggap diri sebagai tunang kepada lelaki itu. Namun apabila melihat Fezrul bersama Wawa mahupun Linda Hangat, entah kenapa jantungnya mula berdegup kencang. Kata Haiza dia diserang penyakit C dan C kuasa dua. Cinta dan cemburu.

Seperti kata Haiza juga, Tisya dan Fezrul umpama kucing dan anjing, bukan boleh berbaik lama-lama, pasti kemudiannya akan bercakaran. Mungkin juga mereka memang sudah ditemukan untuk bercakaran. Tetapi percakaran itulah yang membuatkan mereka semakin mesra sehinggakan kalau sehari tidak bertikam lidah mulalah terasa ada yang tidak kena.

Saat hati Tisya selesa dengan kehidupan barunya dan melupakan kisah hitam itu, tiba-tiba Badri muncul semula. Hadir untuk menebus kesalahan lampau dan meneruskan ikatan mereka, seperti yang telah dirancang keluarga. Melihatkan perubahan Badri, sedikit sebanyak Tisya kebuntuan. Tambahan dia semakin terhimpit dengan masa dan paksaan si ibu.

Benarkah Badri jodohnya kerana bersama Badri dia lebih banyak berdiam diri, tapi apabila bersama Fezrul, dia begitu bebas dalam pertuturan dan tingkah laku termasuk bebas untuk menendang kaki lelaki itu? Apakah kata-kata tanya sama hati yang sering diungkapkan kepada Fezrul itu perlu Tisya tanyakan kepada diri sendiri?

PESAN NOVEL INI

PERJANJIAN BERDARAH



ISBN 978-967-365-084-2
Sem. Malaysia RM20
Sabah/Sarawak RM23

Pak Long Jenal bersama Pak Bakar membaca mantera sambil memuja botol yang berisi minyak dagu mayat Rokiah itu. Pak Long Jenal berkali-kali menyeru nama Rokiah sambil matanya membuntang memandang ke arah botol minyak itu. Setelah lama menyeru akhirnya minyak itu bersuara. Pak Long Jenal tersenyum. Usahanya telah berjaya. Dalam dunia ilmu hitam, bunyi yang dikeluarkan oleh minyak itu ialah suara qarin.

Kehadirannya adalah sebagai penyampai kepada manusia yang gilakan kuasa dan ilmu. Qarin sanggup melakukan apa sahaja yang disuruh dan diarahkan asalkan dijamu dengan darah. Ia telah banyak berbakti, membantu Pak Long Jenal mengubati pesakit dan melaksanakan kerja-kerja ilmu hitam. Pak Long Jenal semakin tamak. Dia sanggup menggunakkan Budin dan Eizham. Roh dan mayat menjadi permainan.

Eizham sanggup melakukan apa sahaja asalkan Fisha menjadi miliknya. Eizham mendapatkan bantuan Pak Long Jenal, bapa saudaranya. Pak Long Jenal berjanji akan menjampi minyak dagu itu supaya lebih mujarab dan menyebabkan Fisha tunduk dan patuh kepada Eizham. Kebahagiaan yang mereka cari hanya seketika sahaja. Kehidupan Eizham dan Fisha mula diganggu oleh roh arwah Rokiah. Pendamping Pak Long Jenal juga turut mengganggu kehidupan Eizham dan Fisha.

Namun perjanjian tetap perjanjian, walaupun darah bayaran...

PESAN NOVEL INI

WIRA INDERAPURA



ISBN: 978-967-365-080-1
Sem. Malaysia: RM10.90
Sabah/Sarawak: RM13.90

Damak dan sahabatnya merupakan anak muda yang berani dan mahir dalam ilmu persilatan. Di kala penduduk Inderapura berada dalam ketakutan diserang geroda, mereka tetap seperti biasa menjalankan aktiviti harian. Ketika menangkap ikan di laut, Damak telah disambar geroda. Mereka terkejut tatkala melihat Damak meronta-ronta di kaki geroda. Apakah Damak akan menjadi mangsa geroda kali ini?

“Semalam aku bermimpi.”

“Mimpi?! Kerana mimpi pun kau tergesa-gesa datang mencari kami? Damak… Damak… Pelik sungguh kau ni.”

“Tentang geroda.”

“Hah… tentang geroda?!”

“Semalam aku bermimpi didatangi oleh seorang tua berjanggut putih dengan berpakaian serba putih… Orang tua itu memberitahu hanya ada satu racun yang amat berbisa sahaja yang boleh membunuh geroda tersebut…”

“Jadi bagaimana racun itu akan digunakan untuk membunuh geroda?”

Keberanian dan ketangkasan mereka diuji dengan pelbagai cabaran. Semuanya dilalui dengan semangat jati diri yang kental demi ke Puncak Gunung Mahameru, semata-mata mahu mendapatkan racun yang dimaksudkan. Apakah misi mereka ke Puncak Gunung Mahameru untuk mencari racun pembunuh geroda durjana itu bakal menemui kejayaan atau sekadar mimpi? Wira Inderapura memberikan anda jawapannya…
PESAN NOVEL INI

JOM KAYUH


ISBN: 978-967-365-077-4
Sem. Malaysia: RM10.90
Sabah/Sarawak: RM13.90

“Berapa harganya, Qimi?” soal Aiman, ingin tahu sambil membelek-belek basikal Qimi yang ternyata lebih baru berbanding basikalnya.

“Kau ada duit ke, Aiman?” Harraz menyoalnya pula.

Aiman mendengus. Namun dia cepat-cepat sedar bahawa pertanyaan Harraz itu memang relevan. Jika tiada duit, tidak usahlah berangan-angan tinggi!

Aiman memang juara kayuh. Sebat saja aksi apa, kayuh tanpa pegang pemegang, berdiri atas basikal, angkat tayar depan, semuanya boleh! Tapi tanpa disangka satu malam berlaku satu musibah yang mampu menyedarkannya.

Daripada kayuh ke sana sini, ada baiknya merereka bekerja sambilan dalam cuti sekolah ini bagi mengumpul tabung kumpulan mereka. Buah fikiran Aiman itu dipersetujui rakannya, Qimi, Nazrul, Irfan dan Haraz. Puas berfikir akhirnya mereka sepakat mahu menjual roti yang dihasilkan oleh Mak Cik Salina, ibu kepada salah seorang rakan Aiman. Tapi daripada duit komisen yang tidak seberapa itu mampukan Aiman merealisasikan impiannya membeli basikal sendiri tanpa menyusahkan ayahnya? Tapi persoalan terbesar, apakah ayahnya akan membenarkan Aiman bekerja dan membeli basikal baru?

PESAN NOVEL INI


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Klik sini

get this widget here